Pengikut

Friday, 10 October 2014

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBATALKAN KEWARGANEGARAAN

assalammualaikum,hari ini saya Erzan Bin Sukarman akan berkongsi tentang faktor-faktor yang bembatalkan kewarganegaraan seseorang warga malaysia.

   Perlembagaan malaysia telah meletakkan satu syarat yang membolehkan seseorang itu dilucutkan kewarganegaraannya  dari malaysia. Terdapat beberapa faktor yang boleh membatalkan kewarganegaraan seseorang warga malaysia antaranya ialah,
  Seseorang warga malaysia mempunyai kewarganegaraan di negara asing, hal ini jika kerajaan persekutuan berpuas hati bahawa seseorang itu mempunyai kewarganegaraan di mana-mana negara asing dengan cara pendaftaran. Selain itu, kewarganegaraan jiuga boleh di lucutkan apabila seseorang itu menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan negara asing, jika kerajaan persekutuan berpuas hati bahawa orang itu telah menuntut dengan mengunakan apa-apa hak kewarganegaraan asing dengan sengaja seseorang itu boleh dilucutkan kewarganegaraan.
                                                                     






   Perempuan yang telah mendapat kewarganegaraan dengan cara berkahwin dengan seseorang bukan warganegara, jika perempuan itu telah berkahwin dengan seorang warga asing dan memperolehi kewarganegaraan di mana-mana negara asing dengan cara pendaftaran jika kerajaan persekutuan berpuas hati mereka boleh 
melucutkan kewarganegaraan wanita itu. Seseorang warganegara membuktikan dia telah tidak setia kepada negara melalui perbuatan dan percakapan, jika seorang itu melakukan sesuatu perkara yang boleh mengugat keamanan negara dengan bukti kerajaan persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan dengan serta merta.
Menderhaka terhadap kerajaan semasa perperangan dengan menjalankan urusan atau perniagaan dengan musuh negara, kerajaan persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang itu jika didapati melakukan sebarang urusan atau perniagaan dengan musuh negara semasa perperangan.seseorang yang telah dipenjara tidak lebih 12 bulan atau didenda tidak kurang rm 5000, seseorang warganegara memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran telah dihukum penjara tidak lebih daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada rm5000 tanpa pengampunan.

Bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun, seseorang yang telah bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar di pejabat konsul..

Semoga apa yang saya sampaikan dapat memberi sedikit sebanyak maklumat pada semua...

NAMA                           :ERZAN BIN SUKARMAN
NO.KAD PENDAFTARAN : 07DKA14F1086
KELAS                          : DKA1B(2)
                                                 
            




No comments:

Post a Comment