Assalamualaikum
w.b.t. Kali ini saya (NUR IBERAHIM BIN ARIPIN) dari kelas Dka1B(2) akan
menghuraikan tentang faktor-faktor yang membatalkan kewarganegaraan serta serba
sedikit yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan kepada kami.
Apa
itu kewarganegaraan?
Kewarganegaraan
merupakan sebuah komuniti politik (iaitu sebuah Bandar pada asalnya,tetapi kini
lebih biasa merupakan sebuah Negara) yang membawa hak-hak politik.Seseorang
individu yang mempunyai keahlian ini dipanggil warganegara. Kegunaan sistem ini ialah untuk meningkatkan
perpaduan kaum, sebagai persediaan untuk memimpin negara sendiri, dan
mengelakkan negara sendiri daripada dihuni oleh penghuni yang tidak sah.
Kita
beralih pula kepada cara memohon kewarganegaraan. Semua permohonan
kewarganegaraan hendaklah dikemukakan di Jabatan Pendaftaran Malaysia(JPN).
Hanya mereka yang memenuhi syarat yang akan diluluskan permohonannya. Selalunya
bagi sesiapa yang ingin memohon kewarganegaraan, terlebih dahulu mereka akan
mengambil borang di pejabat-pejabat yang telah di ditetapkan. Antara
syarat-syarat yang patut dimiliki oleh seseorang yang ingin memohon
kewarganegaraan ialah individu itu haruslah berkelakuan baik dan tiada rekod
jenayah, menetap dalam tempoh yang lama, memahami bahasa serta budaya orang
Malaysia, taat dan setia kepada Negara.
contoh kad pengenalan:
contoh kad pengenalan:
Sekarang kita akan menghurai tentang tajuk utama
iaitu perkara-perkara yang boleh membatalkan kewarganegaraan atau perlucutan
kewarganegaraan. Kehilangan Taraf kewarganegaraan terbahagi kepada dua iaitu
kehilangan kerana TOLAKAN dan kehilangan kerana diLUCUTkan. Tolakan bermaksud
individu yang kehilangan kewarganegaraannya kerana beliau sendiri yang menolak
kewarganegaraan tersebut. Hal ini selalunya terjadi kerana individu yang ingin
menetap di negara lain. Syarat-syarat penolakan kewarganegaraan ialah individu
tersebut mestilah berumur 21 Tahun keatas, sempurna akalnya dan hendak menjadi
waarganegara lain. Perlucutan kewarganegaraan pula terjadi di sebabkan beberapa
faktor seperti individu yang menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan negara
asing. Menurut perkara 24 (2) ,kerajaan perseketuan boleh melucutkan
kewarganegaraan seseorang jika berpuas hati bahawa orang itu telah
menuntut dengan menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan asing dengan sengaja.
Faktor seterusnya ialah perempuan yang telah memperolehi kewarganegaraan
mana-mana dengan cara berkahwin dengan seseorang yang bukan warganegara. Menurut
perkara 24(4) kerajaan perseketuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang
perempuan yang memperolehi kewarganegaraan dengan cara pendaftaran ,jika
berpuas hati bahawa perempuan itu telah memperolehi kewarganegaraan di
mana-mana Negara asing atas sebab perkahwinan seseorang bukan warganegara.
Sebelum saya akhiri
huraian saya tentang tajuk ini, saya akan berikan contoh-contoh masalah yang
sering berlaku yang berkaitan dengan kewarganegaraan.
” Saya telah menolak taraf
kewarganegaraan saya untuk menjadi warganegara sebuah negara di Eropah.
Sekarang saya berhasrat untuk menjadi warganegara Malaysia semula. Apa yang
perlu saya lakukan?”
Mereka yang telah menolak atau menyerahkan taraf
kewarganegaraan dan berhasrat untuk menjadi warganegara Malaysia semula perlu
mendapatkan taraf Pemastautin Tetap Malaysia terlebih dahulu dengan memohon
Permit Masuk di Jabatan Imigresen Malaysia dan ianya tertakluk kepada
syarat-syarat yang ditetapkan Jabatan Imigresen. Setelah permohonan Permit
Masuk tersebut diluluskan, pemohon hendaklah hadir ke JPN untuk mendapatkan
MyPR. Setelah pemohon diberikan MyPR, pemohon bolehlah datang ke Kementerian
untuk mengemukakan permohonan kelayakan untuk memohon semula taraf
kewarganegaraan di bawah Perkara 18(2) Perlembagaan melalui Borang yang
disediakan untuk dipertimbangkan. Hanya permohonan yang memenuhi syarat-syarat
yang digariskan oleh Kementerian sahaja boleh dipertimbangkan
“Saya adalah seorang warganegara
Singapura dan telah memegang taraf Pemastautin Tetap Malaysia. Bolehkah saya
memohon taraf kewarganegaraan Malaysia lebih awal tanpa menunggu sehingga 12
tahun?”
Boleh, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan di
bawah Perkara 19(4) Perlembagaan ke Kementerian ini melalui borang yang
disediakan. Hanya permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang digariskan oleh
Kementerian sahaja boleh dipertimbangkan.
AWAS!
Sekian saja daripada saya Nur Iberahim bin Aripin
(07DKA14F1064) dari kelas DKA1B(2). Saya harap huraian ini dapat membantu anda
untuk lebih memahami tentang faktor-faktor perlucutan kewarganegaan dan Saya
menyususun sepuluh jari jika terdapat kesilapan di dalam penulisan saya ini.
Sekian wabillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
NAMA :NUR IBERAHIM
BIN ARIPIN
NO.KAD PENDAFTARAN:07DKA14F1064
KELAS :DKA1B(2)
PENSYARAH :MISS NOI




No comments:
Post a Comment