Pengikut

Friday 10 October 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog, kali ni saya Norhidayu Fetri binti Makbull, no kad pendaftaran 07DKA14F1066 ingin berkongsi dengan anda semua tentang ‘Faktor-Faktor Perlucutan Kewarganegaraan’. Sebelum kita pergi ke topik utama kita, adakah anda tahu  apa itu kewarganegaraan? Baiklah, kewarganegaraan adalah hak dimana manusia tinggal atau menetap di suatu  kawasan Negara. Dimana mereka ini berhak mendapatkan perlindungan hukum serta kewajiban seperti  memperoleh pendidikan dan pekerjaan.Walaupun begitu biarpun anda semua ni merupakan warganegara sejak lahir, ataupun baru sahaja mendapatkan kewarganegaraan adakah anda percaya bahawa anda semua masih boleh digugurkan kewarganegaraan? Yes or no? The answer is yes you can, and you gotta believe it.
           Okay im going to to bring you to the journey of lots of facts yang boleh memeningkan kepala so before we start you might want to make some drink untuk meredakan pening-pening lalat itu. Sudah? Let’s start shall we? Okay faktor yang pertama menurut perkara 23, apabila warganegara tersebut sudah atau hampir menjadi warganegara lain dengan syarat he or she is already 21 years old or above. Some countries are okay if you are having  dual citizenship unfortunately it is prohibited in Malaysia. Faktor  yang kedua, menurut perkara 24 ialah apabila seseorang warganegara itu telah mendapatkan kewarganegaraan mana-mana Negara di luar Persekutuan melalui pendaftaran, penaturalisasian ataupun secara sukarela melainkan perkahwinan. Faktor yang ketiga ialah warganegara tersebut, telah pergi ke Negara lain dan menuntut hak untuk diberikan kepada mereka padahal dia merupakan warganegara Malaysia. Next, faktor yang ke empat ialah jika perempuan yang menjadi warganegara melalui Fasal (1) telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara which is out of the Kerajaan Persekutuan oleh sebab perkahwinannya dengan seseorang yang bukan warganegara. Okay, faktor yang seterusnya daripada Perkara 25 apabila warganegara tersebut itu telah mengaku sama ada melalui perbuatan atau percakapan yang menunjukkan dia merupakan seorang yang tidak taat kepada Persekutuan atau pun Negara. For an instance ketika dalam peperangan anda telah menghubungi atau melibatkan diri dalam perniagaan dengan musuh Persekutuan sehingga dapat membantu mereka dalam peperangan tersebut. Manakala, faktor yang seterusnya ialah apabila seseorang warganegara tersebut telah pun berkhidmat atau telah melaksanakan apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah kerajaan mana-mana Negara di luar Persekutuan tanpa kelulusan Kerajaan Persekutuan tapi kalau sudah dapat kelulusan boleh jalan sudah. hihi
              Kemudian, setiap warganegara yang telah bermastautin di Negara-negara di luar Persekutuan bagi tempoh terus-menerus selama lima tahun juga boleh dilucutkan kewarganegaraan. Tetapi, pada tempoh lima tahun itu dia tidak pernah pun mendaftarkan dirinya setiap tahun di Konsulat Persekutuan dengan niat hendak mengekalkan kewarganegaraan. Dari situ, kewarganegaraanya boleh dilucutkan. Faktor yang ketujuh pula ialah melalui Perkara 26, seseorang warganegara yang telah menjadi warganegara melalui pendaftaran atau melalui penaturalisasian telah berpuas hati bahawa pendaftaran atau perakuan naturalisasinya telah didapati palsu atau salah dan juga mempunyai apa-apa penyembunyian fakta material. Seterusnya, dibawah Perkara 26 juga telah menyatakan bahawa mana-mana perempuan yang dahulunya bukan warganegara tapi telah mendapatkan kewarganegaraan melalui pendaftaran yang mana mendapatkan kewarganegaraan melalui perkahwinan yang telah didaftarkan telah dibubarkan melainkan kematian dalam tempoh dua tahun mulai dari tarikh
 perkahwinan mereka. Haaa! After too many factors written here tibalah masanya untuk faktor yang terakhir.  Faktor yang terakhir ialah melalui Perkara 26A dimana anak yang berumur di bawah 21 tahun boleh digugurkan kewarganegaran mereka jika ibu atau bapa mereka telah melepaskan kewarganegaraan.
       Okay guys, itulah sahaja faktor yang dapat saya coretkan di blog ini. Seramai  81,590 warga Malaysia telah melucutkan kewarganegaran bermula pada tahun 1992 sehinggalah august 2012. I’m not sure maybe some of them yang sendiri merelakan diri untuk dilucutkan kewarganegaraan tapi tidak diragukan juga kepada sesetengah golongan yang telah dilucutkan jawatan oleh Persekutuan. Conclusionnya ialah walaupun anda merupakan seorang warganegara tetapi it doesn’t mean you will become the forever Malaysian. Melalui ini bertambahlah sedikit sebanyak pengetahuan kita bersama tentang faktor penamatan kewarganegaraan. Itu sahaja dari saya, terima kasih!
Nama:NORHIDAYU FETRI BINTI MAKBULL, 07DKA14F1066.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBATALKAN KEWARGANEGARAAN

assalammualaikum,hari ini saya Erzan Bin Sukarman akan berkongsi tentang faktor-faktor yang bembatalkan kewarganegaraan seseorang warga malaysia.

   Perlembagaan malaysia telah meletakkan satu syarat yang membolehkan seseorang itu dilucutkan kewarganegaraannya  dari malaysia. Terdapat beberapa faktor yang boleh membatalkan kewarganegaraan seseorang warga malaysia antaranya ialah,
  Seseorang warga malaysia mempunyai kewarganegaraan di negara asing, hal ini jika kerajaan persekutuan berpuas hati bahawa seseorang itu mempunyai kewarganegaraan di mana-mana negara asing dengan cara pendaftaran. Selain itu, kewarganegaraan jiuga boleh di lucutkan apabila seseorang itu menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan negara asing, jika kerajaan persekutuan berpuas hati bahawa orang itu telah menuntut dengan mengunakan apa-apa hak kewarganegaraan asing dengan sengaja seseorang itu boleh dilucutkan kewarganegaraan.
                                                                     






   Perempuan yang telah mendapat kewarganegaraan dengan cara berkahwin dengan seseorang bukan warganegara, jika perempuan itu telah berkahwin dengan seorang warga asing dan memperolehi kewarganegaraan di mana-mana negara asing dengan cara pendaftaran jika kerajaan persekutuan berpuas hati mereka boleh 
melucutkan kewarganegaraan wanita itu. Seseorang warganegara membuktikan dia telah tidak setia kepada negara melalui perbuatan dan percakapan, jika seorang itu melakukan sesuatu perkara yang boleh mengugat keamanan negara dengan bukti kerajaan persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan dengan serta merta.
Menderhaka terhadap kerajaan semasa perperangan dengan menjalankan urusan atau perniagaan dengan musuh negara, kerajaan persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang itu jika didapati melakukan sebarang urusan atau perniagaan dengan musuh negara semasa perperangan.seseorang yang telah dipenjara tidak lebih 12 bulan atau didenda tidak kurang rm 5000, seseorang warganegara memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran telah dihukum penjara tidak lebih daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada rm5000 tanpa pengampunan.

Bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun, seseorang yang telah bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar di pejabat konsul..

Semoga apa yang saya sampaikan dapat memberi sedikit sebanyak maklumat pada semua...

NAMA                           :ERZAN BIN SUKARMAN
NO.KAD PENDAFTARAN : 07DKA14F1086
KELAS                          : DKA1B(2)
                                                 
            




Thursday 9 October 2014

FAKTOR-FAKTOR MEMBATALKAN KEWARGANEGARAAN
      DARIPADA: MOHD HAFIZAN BIN SAING
NO. KAD PENDAFTARAN: 07DKA14F1068


Mempunyai kewarganegaraan di negara asing
-Menurut Fasal 24, kerajaan persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang warganegara jika berpuas hati bahawa orang itu telah memperoleh kewarganegaraan di mana mana negara asing dengara cara pendaftaran.

Menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan asing
-Menurut Fasal24,kerajaan persekutuan boleh , dengan perintah , melucutkan kewarganegaraan seseorang jika berpuas hati bahawa orang itu telah menuntut dengan menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan asing dengan sengaja .

Perempuan yang telah memperolehi kewarganegaraan mana-mana dengan cara berkahwin dengan seseorang bukan warganegara .
-Menurut Fasal 24 ,kerajaan persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang perempuan dengan cara pendaftaran , jika berpuas hati bahawa perempuan itu telah memperolehi kewarganegaraan di mana-mana negara asing atas perkahwinan dengan seseorang bukan warganegara .

Seseorang warganegara membuktikan dia telah tidak setia kepada negara melalui perbuatan dan percakapan
-Seseorang itu boleh dibatalkan kewarganegaraannya apabila dia telah terbukti tidak setia kepada negara melalui perbuatan dan percakapan .

Menderhaka terhadap negara semasa peperangan dengan menjalankan urusan atau perniagaan dengan musuh negara .
-Kerajaan persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang apabila seseorang itu didapati menderhaka terhadap negara dengan cara menjalankan urusan atau perniagaan dengan musuh semasa peperangan .

Seseorang warganegara memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran telah dihukum penjara tidak lebih daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM5000 tanpa pengampunan dari kesalahan .
-Seseorang itu boleh dibatalkan kewarganegaraannya apabila dia telah didapati bersalah dan dihukum penjara tidak lebih 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM5000 tanpa pengampunan .

Seseorang yang telah bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar di Pejabat Konsul Negara .
-Kerajaan persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang apabila dia telah bermastautin di negara asing tanpa mendaftar di Pejabat Konsul Pendaftaran melebihi 5 tahun secara berterusan .

Sekian , Terima Kasih .


Assalamualaikum w.b.t. Kali ini saya (NUR IBERAHIM BIN ARIPIN) dari kelas Dka1B(2) akan menghuraikan tentang faktor-faktor yang membatalkan kewarganegaraan serta serba sedikit yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan kepada kami.

Apa itu kewarganegaraan?
      Kewarganegaraan merupakan sebuah komuniti politik (iaitu sebuah Bandar pada asalnya,tetapi kini lebih biasa merupakan sebuah Negara) yang membawa hak-hak politik.Seseorang individu yang mempunyai keahlian ini dipanggil warganegara. Kegunaan sistem ini ialah untuk meningkatkan perpaduan kaum, sebagai persediaan untuk memimpin negara sendiri, dan mengelakkan negara sendiri daripada dihuni oleh penghuni yang tidak sah.

      Kita beralih pula kepada cara memohon kewarganegaraan. Semua permohonan kewarganegaraan hendaklah dikemukakan di Jabatan Pendaftaran Malaysia(JPN). Hanya mereka yang memenuhi syarat yang akan diluluskan permohonannya. Selalunya bagi sesiapa yang ingin memohon kewarganegaraan, terlebih dahulu mereka akan mengambil borang di pejabat-pejabat yang telah di ditetapkan. Antara syarat-syarat yang patut dimiliki oleh seseorang yang ingin memohon kewarganegaraan ialah individu itu haruslah berkelakuan baik dan tiada rekod jenayah, menetap dalam tempoh yang lama, memahami bahasa serta budaya orang Malaysia, taat dan setia kepada Negara.

contoh kad pengenalan:

Sekarang kita akan menghurai tentang tajuk utama iaitu perkara-perkara yang boleh membatalkan kewarganegaraan atau perlucutan kewarganegaraan. Kehilangan Taraf kewarganegaraan terbahagi kepada dua iaitu kehilangan kerana TOLAKAN dan kehilangan kerana diLUCUTkan. Tolakan bermaksud individu yang kehilangan kewarganegaraannya kerana beliau sendiri yang menolak kewarganegaraan tersebut. Hal ini selalunya terjadi kerana individu yang ingin menetap di negara lain. Syarat-syarat penolakan kewarganegaraan ialah individu tersebut mestilah berumur 21 Tahun keatas, sempurna akalnya dan hendak menjadi waarganegara lain. Perlucutan kewarganegaraan pula terjadi di sebabkan beberapa faktor seperti individu yang menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan negara asing. Menurut perkara 24 (2) ,kerajaan perseketuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang jika berpuas hati  bahawa orang itu telah menuntut dengan menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan asing dengan sengaja. Faktor seterusnya ialah perempuan yang telah memperolehi kewarganegaraan mana-mana dengan cara berkahwin dengan seseorang yang bukan warganegara. Menurut perkara 24(4) kerajaan perseketuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang perempuan yang memperolehi kewarganegaraan dengan cara pendaftaran ,jika berpuas hati bahawa perempuan itu telah memperolehi kewarganegaraan di mana-mana Negara asing atas sebab perkahwinan seseorang bukan warganegara.

Sebelum saya akhiri huraian saya tentang tajuk ini, saya akan berikan contoh-contoh masalah yang sering berlaku yang berkaitan dengan kewarganegaraan. 
” Saya telah menolak taraf kewarganegaraan saya untuk menjadi warganegara sebuah negara di Eropah. Sekarang saya berhasrat untuk menjadi warganegara Malaysia semula. Apa yang perlu saya lakukan?”

Mereka yang telah menolak atau menyerahkan taraf kewarganegaraan dan berhasrat untuk menjadi warganegara Malaysia semula perlu mendapatkan taraf Pemastautin Tetap Malaysia terlebih dahulu dengan memohon Permit Masuk di Jabatan Imigresen Malaysia dan ianya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan Jabatan Imigresen. Setelah permohonan Permit Masuk tersebut diluluskan, pemohon hendaklah hadir ke JPN untuk mendapatkan MyPR. Setelah pemohon diberikan MyPR, pemohon bolehlah datang ke Kementerian untuk mengemukakan permohonan kelayakan untuk memohon semula taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 18(2) Perlembagaan melalui Borang yang disediakan untuk dipertimbangkan. Hanya permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang digariskan oleh Kementerian sahaja boleh dipertimbangkan

contoh passport Malaysia:

 “Saya adalah seorang warganegara Singapura dan telah memegang taraf Pemastautin Tetap Malaysia. Bolehkah saya memohon taraf kewarganegaraan Malaysia lebih awal tanpa menunggu sehingga 12 tahun?”

Boleh, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan di bawah Perkara 19(4) Perlembagaan ke Kementerian ini melalui borang yang disediakan. Hanya permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang digariskan oleh Kementerian sahaja boleh dipertimbangkan.


AWAS!

Sekian saja daripada saya Nur Iberahim bin Aripin (07DKA14F1064) dari kelas DKA1B(2). Saya harap huraian ini dapat membantu anda untuk lebih memahami tentang faktor-faktor perlucutan kewarganegaan dan Saya menyususun sepuluh jari jika terdapat kesilapan di dalam penulisan saya ini. Sekian wabillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


NAMA                                 :NUR IBERAHIM BIN ARIPIN
NO.KAD PENDAFTARAN:07DKA14F1064
KELAS                                :DKA1B(2)
PENSYARAH                    :MISS NOI